Salam sejahtera.

disini saya akan cuba berkongsi cara-cara untuk menyediakan umpan ikan patin.

RESERI P1

Bahan-bahan
1. 500 gram tepung ubi
2. 300 gram usus ayam (ambil yang berwarna seakan kmerahan)
3. 1 buku ragi (Ada dijual di kedai India atau Melayu)
Penyediaan Bahan
1. Usus ayam dibersihkan dan dipotong sepanjang 1 inci.
Masukkan sedikit air kira-kira 150 ml. Blender usus ayam
tersebut sehingga halus dan tidak ada sisa-sisa atau urat-urat
yang tidak hancur. Tapis dengan penapis untuk memastikan
sisa-sisa terbuang. (PERHATIAN: Anda dinasihati
menggunakan Blender dan Penapis Khas. Dan jauhkan alatan
tersebut dari digunakan oleh isteri untuk kegunaan harian lain)
2. Ragi dipecahkan sehingga hancur.

3. Gaulkan ke semua tepung ubi, ragi dan usus ayam yang telah
diblender tadi. Pastikan gaulan tersebut berkeadaan seperti roti
canai yang belum ditebarkan iaitu dalam keadaan berkental.
4. Simpan gaulan tersebut dalam bekas yang kedap udara. Anda
dinasihati menyimpan gaulan tersebut sekurang-kurangnya 4
jam sebelum boleh digunakan.
Arahan Penggunaan
1. Kepalkan ke mata pancing dan balingkan jauh ke tengah kolam.
Patin biasanya berada di tengah kolam dan pada tempat yang
dalam.
2. Biarkan sekurang-kurangnya 20 minit. Jika masih tidak ditarik
oleh ikan, angkat pancing dan gantikan umpan. Balingkan
semula ke tempat yang sama. Jangan beralih tempat terlalu
cepat. Bersabar. Umpan anda pasti dimakan oleh patin.

RESEPI UMPAN POWER P2
Bahan-bahan
1. Satu buku roti RM1.20 atau lebih sedikit mengikut harga
setempat. Anda juga boleh menggunakan roti gardinear atau
High-five atau roti sedap atau yang sejenis dengannya.
2. 350 gram usus ayam – ambil yang berwarna seakan-akan
merah. Jangan ambil yang keras.
3. ½ keping kelapa parut.
4. 100 ml air
13
Penyediaan bahan
1. Roti disiat-siat tapi tidak terlalu kecil.
2. Usus ayam dibersihkan dengan membuang segala kotorannya
dan dipotong 1 inci panjang. Blender sehingga halus dengan
blender khas. (PERHATIAN: Jangan menggunakan blender
yang sering digunakan oleh isteri anda dalam tugas hariannya.
Anda perlu beli atau dapatkan blender khas untuk tujuan ini).
Masukkan sedikit air agar bahan tersebut tidak terlalu likat atau
pekat. Tapis dengan penapis yang anda khaskan untuk tujuan
itu.
3. Pastikan tiada sisa pepejal seperti urat-urat usus yang tidak
hancur. Jika ada, buang (dengan menapis)
4. Masukkan bahan yang telah diblender tadi ke dalam satu bekas
lain. Gaulkan semua bahan iaitu cairan usus, kelapa parut dan
roti dengan sama rata. Pastikan gaulan tidak terlalu lembut.
Jika lembut, tambah cebisan roti.
5. Sebaik-baiknya gunakan selepas 4 jam umpan tersebut
disediakan.
Arahan Penggunaan
1. cangkukkan cebisan roti tersebut pada mata pancing.
2. Setelah dicangkukkan ke mata pancing, kepal roti tersebut agar
tidak bertaburan semasa anda membalingkan umpan ke dalam
kolam.
3. Balingkan jauh ke tengah kolam kerana biasanya patin berada
di tengah kolam terutama tempat yang dalam.
4. Tunggu sekurang-kurangnya 20 minit, sebelum anda
mengangkat pancing anda jika tidak dimakan ikan. Gantikan
umpan yang baru dan balingkan tempat ang sama.
14
5. Bersabar. Jangan terlalu cepat untuk beralih ke tempat lain.
Umpan anda telah bertaburan di dasar kolam. Ini merupakan
satu tarikan untuk patin menghampirinya dan seterusnya
memakan umpan anda.

RESEPI UMPAN POWER P3
Bahan-bahan
1. 500 gram dedak 929 atau 920 atau 928
2. 350 gram usus ayam. Ambil yang berwarna seakan-akan
kemerahan.
3. 100 ml air
Penyediaan bahan
1. Dedak diblender halus (Anda boleh dapatkan yang tersedia
halus di kedai pancing).
2. Bersihkan usus ayam dengan membuang segala kotorannya dan
dipotong sepanjang 1 inci (Boleh juga dipotong dahulu dan
dibersihkan kemudian). Campurkan sedikit air dan diblender
halus. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
3. Buangkan segala sisa pepejal yang tidak hancur dengan
menapis bahan tersebut.
4. Campurkan ke dalam dedak dan gaul sehingga rata. Pastikan ,
gaulan tersebut tidak terlalu lembik. Jika lembik, tambah
sedikit dedak. Kemudian, masukkan ke dalam satu bekas yang
kedap udara dan kalau boleh, biarkan selama 4 jam sebelum
digunakan.
15
Arahan penggunaan.
1. Kepalkan dedak gaulan tersebut ke mata pancing.
2. Balingkan jauh ke tengah kolam kerana patin memang suka
berada di tengah kolam. Jika umpan anda tidak dimakan atau
tiada tanda-tanda dimakan oleh ikan, biarkan selama 20 minit
sebelum diangkat dan digantikan dengan umpan baru.
Balingkan ke tempat yang sama. Mudah-mudahan buruan patin
anda akan berhasil. Insya Allah.

RESEPI UMPAN POWER P4
Bahan-bahan
1. Roti berharga RM1.20 atau lebih sedikit. Jangan gunakan roti
Gardinear atau High-Five atau yang sejenis dengannya.
2. ibu roti (Mauripan) – 1 bungkus
3. Kelapa parut ½ biji.
4. Pewangi power (Warna unggu) – boleh dapatkan dari kedai
dedak atau kedai pancing.
Penyediaan Bahan
1. Roti disiat kecil (tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar)
2. Gaulkan roti, mauripan, kelapa parut dan pewangi power sama
rata dan disimpan ke dalam bekas yang kedap udara. Biarkan
sekurang-kurangnya 4 jam sebelum digunakan.
Arahan Penggunaan
1. Cangkukkan cebisan roti ke mata pacing. Selepas itu kepalkan
agar tidak bertaburan semasa dibalingkan nanti.
16
2. Balingkan jauh ke tengah kolam dan tunggu sahaja sehingga di
makan oleh ikan. Selepas 20 minit, jika tidak dimakan ikan,
angkat dan tukarkan umpan baru. Balingkan ke tempat yang
sama.

RESEPI UMPAN POWER P5
Bahan-bahan
1. 600 gram dedak 929
2. 200 gram dedak 923
3. 100 gram dedak Hong
4. 200 gram kerisik (kelapa parut yang direndang garing) – ada
dijual sedia diguna di mini market atau super market.
5. Pewangi Power – ungu – strawberry – 2 bungkus
6. Air mineral
Penyediaan Bahan
1. Jika anda membeli dedak yang berbentuk pelet, campurkan
kesemua bahan 1, 2, 3 dan 4 dan blender sehingga halus.
2. Jika anda membeli dedak yang telah dimesen halus, gaulkan ke
semua bahan 1, 2, 3, 4 dan 5.
3. Simpan ke dalam bekas yang kedap udara.
4. Bila hendak menggunakannya, ambil sedikit dan tutup semula
dengan ketat bekas yang mengandungi dedak tersebut.
Arahan Penggunaan
1. Tuangkan air mineral kepada bekas yang mengandungi dedak
sehingga dedak berkeadaan lembab (tidak basah dan melekit).
Bancuh atau gaul dan gumpal sama rata.
17
2. Balutkan mata pancing dengan dedak yang siap dibancuh tadi
dan kepal tetapi jangan sehingga terlalu padat.
3. Balingkan ke tengah kolam atau mengikut citarasa anda (Patin
kerapkali berada di tengah kolam). Sekiranya masih tidak
dimakan oleh ikan, tunggu sehingga 20 minit barulah diangkat
pancing dan gantikan umpan baru. Balingkan ke tempat yang
sama. Jangan beralih tempat terlalu kerap. Kalau boleh tunggu
sehingga umpan anda dimakan oleh ikan.

«